Pertamanya kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih memberi kita nikmat iman, nikmat udara dan bermacam nikmat lagi yang kita rasai pada hari ini.
Ramadhan....
Ramadhan bulan yang penuh dengan barakah dan Allah janjikan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada hambanya yang beribadat kepadanya.
Firman Allah : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar" Surah al-Qadr: 1-5
Itulah istimewanya bulan Ramadhan. Bayangkan jika kita solat di malam lailatulqadar itu, ibadahnya dikira lebih baik daripada 1000 bulan. Masya'Allah, betapa besarnya rahmat yang Allah berikan kepada kita ini, Umat Muhammad.
Sabda Rasulullah s.a.w:“Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Nabi sendiri menyuruh kita mencari malam lailatulqadar itu pada sepuluh malam terakhir, tetapi hari ini berapa ramai yang sanggup bangun untuk beribadah kepada Allah semata-mata untuk mencari malam lailatulqadar. Ramai yang sanggup bersengkang mata untuk pergi ke uptown, downtown dan bazar yang dibuka sehingga larut malam untuk shopping raya dan membuat persiapan raya daripada mereka bangun untuk beribadah kepada Allah.
Tetapi hari ini adalah hari terakhir bagi umat islam berpuasa di bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Ramadhan akan meninggalkan kita pada esok hari dan menunggu ketibaan ramadhan sekali lagi pada tahun hadapan.
Adakah ana masih berkesempatan untuk bertemu Ramadhan yang akan datang?Sesungguhnya inilah ramadhan yang terbaik dalam hidup ana setelah mendapat tarbiah. Indahnya kehidupan kita jika dapat merasa kemanisan iman itu.
Jika sebelum ini ana liat untuk ke surau, tarawih apatah lagi bangun untuk qiamulail tapi pada tahun ini, alhamdulillah tahun ni dapat pergi ke tarawih, bangun qiamulail. Seperti ada satu kekuatan untuk membuat semua itu, hati terasa tenang. MasyaAllah, indahnya hidup apabila kita mengambil islam itu sebagai cara hidup dan bukan mengambil islam sebagai agama sahaja.
Hati ini terasa sayu sangat hari ini bila bangun untuk qiam, terasa sebak sebab kita dah berada di penghujung ramadhan. Ana terfikir adakah masih ada lagi peluang untuk ana bertemu dengan Bulan Ramadhan sekali lagi?
Wallahua'lam.