Friday, 16 September 2011

Mentari Hidup-HaikaL


Assalamualaikum w.b.t..

apa kabar iman..?hrap iman kite sihat sntiasa...ari ni xde cite yg ana nk kongsi ngan antum2 sume...cume ana ade satu lagu yang nk dkongsikan dgn antum...

first time ana dgr lagu ni...mmg tbe2 ati ni sebak...lirik lagu ini terlalu mendalam..jd ana x nk cite panjang...antum layan dlu lgu ni eh...

p/s: ana bg skali lirik die kalo nk ikut nyanyi... ^^


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkad ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Ku berdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Selamat Mendengar... ^^


Sunday, 28 August 2011

Meninggalkan Ramadhan...

Assalamualaikum w.b.t...


Pertamanya kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih memberi kita nikmat iman, nikmat udara dan bermacam nikmat lagi yang kita rasai pada hari ini.






Ramadhan....


Ramadhan bulan yang penuh dengan barakah dan Allah janjikan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada hambanya yang beribadat kepadanya.



Firman Allah : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar" Surah al-Qadr: 1-5


Itulah istimewanya bulan Ramadhan. Bayangkan jika kita solat di malam lailatulqadar itu, ibadahnya dikira lebih baik daripada 1000 bulan. Masya'Allah, betapa besarnya rahmat yang Allah berikan kepada kita ini, Umat Muhammad.



Sabda Rasulullah s.a.w:“Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.” – Hadis riwayat al-Bukhari 



Nabi sendiri menyuruh kita mencari malam lailatulqadar itu pada sepuluh malam terakhir, tetapi hari ini berapa ramai yang sanggup bangun untuk beribadah kepada Allah semata-mata untuk mencari malam lailatulqadar. Ramai yang sanggup bersengkang mata untuk pergi ke uptown, downtown dan bazar yang dibuka sehingga larut malam untuk shopping raya dan membuat persiapan raya daripada mereka bangun untuk beribadah kepada Allah.


Tetapi hari ini adalah hari terakhir bagi umat islam berpuasa di bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Ramadhan akan meninggalkan kita pada esok hari dan menunggu ketibaan ramadhan sekali lagi pada tahun hadapan. 


Adakah ana masih berkesempatan untuk bertemu Ramadhan yang akan datang?Sesungguhnya inilah ramadhan yang terbaik dalam hidup ana setelah mendapat tarbiah. Indahnya kehidupan kita jika dapat merasa kemanisan iman itu. 


Jika sebelum ini ana liat untuk ke surau, tarawih apatah lagi bangun untuk qiamulail tapi pada tahun ini, alhamdulillah tahun ni dapat pergi ke tarawih, bangun qiamulail. Seperti ada satu kekuatan untuk membuat semua itu, hati terasa tenang. MasyaAllah, indahnya hidup apabila kita mengambil islam itu sebagai cara hidup dan bukan mengambil islam sebagai agama sahaja. 


Hati ini terasa sayu sangat hari ini bila bangun untuk qiam, terasa sebak sebab kita dah berada di penghujung ramadhan. Ana terfikir adakah masih ada lagi peluang untuk ana bertemu dengan Bulan Ramadhan sekali lagi?


Wallahua'lam.

Wednesday, 15 June 2011

Setiap Perbuatan Sebagai Ibadah

Assalamualaikum w.b.t...

Kenapa apabila kite cakap sukan itu sebagai ibadah, dan segala yang kite lakukan dalam kehidupan seharian sebagai ibadah, orang gelakkan. "Kau ni gile la, ibadah tu kt masjid je la", yang lain plak "ibadah tu kt atas sejadah jerk" dan mcm2 lg...

Tapi kita sedar tak, bahawa apa yang kite buat seharian itu boleh dijadikan sebagai ibadah. Contohnya seperti tidur. Tidur itu boleh dijadikan sebagai satu ibadah. Tetapi kalau dah tidur secara berlebih-lebihan dari 12 mlm smpi pkul 12 tgh hari esoknya. Itu bukan lagi sebagai ibadat tetapi mendapat dosa kerana mengikut nafsu tidur sehingga kita tidak bangun untuk solat subuh.

Bukan saja makan,tidur sahaja yang boleh diniatkan sebagai ibadah, bahkan jika kita membuang kayu di tengah jalan dan niat kerana Allah, maka ianya menjadi satu ibadah kerana perbuatan kita itu diniatkan kerana Allah S.W.T.

Jadi perbetulkan semula mind set kita, ibadah itu bukannya dalam masjid, surau @ duduk atas sejadah 24 jam, tetapi segala perlakuan kita, apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita boleh dijadikan sebagai ibadah. Dengan syarat kita niatkan kerana Allah. Tapi janganlah nak pergi mencuri pun niat kerana Allah, itu bukannya dapat pahala, dapat dosa berlipat ganda. =)

Sama-samalah kita muhasabah diri kita semula.
Wallahua'lam

Wednesday, 8 June 2011

Redha

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, kita masih dapat merasai nikmat iman dan islam. Kalau kita tengok keadaan umat sekarang ini, ramai yang telah Allah tarik kembali nikmat iman dan nikmat islam daripada diri mereka sehingga mereka lalai dengan hiburan yang terlampau dan mengejar nikmat dunia yang hanya sementara.

Jadi apa yang ana nk kongsikan bukan tentang cerita di atas, cerita tu sebagai mukadimah jew. Maklumlah, baru first time menulis. Kalau ade salah dan silap minta dibetulkan.

Redha. Itulah yang ana hendak kongsikan pada hari ini.

Berapa ramai yang redha dengan apa yang terjadi kepada mereka hari ini?Kebanyakan mereka akan mengeluh dan mula menyalahkan orang lain apabila mereka diuji dan yang paling menyedihkan, mereka menyalahkan Allah kerana nasib mereka selalu malang. MasyaAllah.

Sedih kadang2 dengar sahabat ana sendiri menyalahkan takdir. Dia kata Allah x adil, kenapa aku susah sampai macam ni, kenapa aku gagal dan berbagai lagi kenapa. Tapi kita sedar x, yang segala ujian yang Allah  bagi itu adalah untuk menghapuskan dosa2 kita.

Rasullullah S.A.W bersabda

"Apabila seseorang itu redha dengan kesakitan, maka kesakitan itu akan menjadi penghapus kepada dosa-dosanya". (HR Bukhari)

Moga kita sama2 redha dengan segala ujian Allah beri dan sama2 kita muhasabah diri balik kerana setiap ujian yang Allah beri itu ada sebabnya dan Allah memberi ujian itu mengikut kemampuan kita sendiri.

Wallahua'lam