Assalamualaikum w.b.t...
Kenapa apabila kite cakap sukan itu sebagai ibadah, dan segala yang kite lakukan dalam kehidupan seharian sebagai ibadah, orang gelakkan. "Kau ni gile la, ibadah tu kt masjid je la", yang lain plak "ibadah tu kt atas sejadah jerk" dan mcm2 lg...
Tapi kita sedar tak, bahawa apa yang kite buat seharian itu boleh dijadikan sebagai ibadah. Contohnya seperti tidur. Tidur itu boleh dijadikan sebagai satu ibadah. Tetapi kalau dah tidur secara berlebih-lebihan dari 12 mlm smpi pkul 12 tgh hari esoknya. Itu bukan lagi sebagai ibadat tetapi mendapat dosa kerana mengikut nafsu tidur sehingga kita tidak bangun untuk solat subuh.
Bukan saja makan,tidur sahaja yang boleh diniatkan sebagai ibadah, bahkan jika kita membuang kayu di tengah jalan dan niat kerana Allah, maka ianya menjadi satu ibadah kerana perbuatan kita itu diniatkan kerana Allah S.W.T.
Jadi perbetulkan semula mind set kita, ibadah itu bukannya dalam masjid, surau @ duduk atas sejadah 24 jam, tetapi segala perlakuan kita, apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita boleh dijadikan sebagai ibadah. Dengan syarat kita niatkan kerana Allah. Tapi janganlah nak pergi mencuri pun niat kerana Allah, itu bukannya dapat pahala, dapat dosa berlipat ganda. =)
Sama-samalah kita muhasabah diri kita semula.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment