Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, kita masih dapat merasai nikmat iman dan islam. Kalau kita tengok keadaan umat sekarang ini, ramai yang telah Allah tarik kembali nikmat iman dan nikmat islam daripada diri mereka sehingga mereka lalai dengan hiburan yang terlampau dan mengejar nikmat dunia yang hanya sementara.
Jadi apa yang ana nk kongsikan bukan tentang cerita di atas, cerita tu sebagai mukadimah jew. Maklumlah, baru first time menulis. Kalau ade salah dan silap minta dibetulkan.
Redha. Itulah yang ana hendak kongsikan pada hari ini.
Berapa ramai yang redha dengan apa yang terjadi kepada mereka hari ini?Kebanyakan mereka akan mengeluh dan mula menyalahkan orang lain apabila mereka diuji dan yang paling menyedihkan, mereka menyalahkan Allah kerana nasib mereka selalu malang. MasyaAllah.
Sedih kadang2 dengar sahabat ana sendiri menyalahkan takdir. Dia kata Allah x adil, kenapa aku susah sampai macam ni, kenapa aku gagal dan berbagai lagi kenapa. Tapi kita sedar x, yang segala ujian yang Allah bagi itu adalah untuk menghapuskan dosa2 kita.
Rasullullah S.A.W bersabda
"Apabila seseorang itu redha dengan kesakitan, maka kesakitan itu akan menjadi penghapus kepada dosa-dosanya". (HR Bukhari)
Moga kita sama2 redha dengan segala ujian Allah beri dan sama2 kita muhasabah diri balik kerana setiap ujian yang Allah beri itu ada sebabnya dan Allah memberi ujian itu mengikut kemampuan kita sendiri.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment